Apabila Belanda menyerang dan menawan
pelabuhan Makassar di Sulawesi pada tahun 1669, ramai dan kalangan orang Bugis
meninggalkan tanah tumpah mereka lalu merantau dan meneroka penghidupan baru di
kepulauan Riau, Sumatera, Borneo, hingga sampai ke Semenanjung Tanah Melayu. Di
samping membawa bersama sanak keluarga, orang Bugis yang terkenal gagah berani
turut mengelek adat resam, susur galur salasilah serta pengaruh ekonomi. Dalam
pelayaran menyusuri pantai dan Laut Cina Selatan dengan menggunakan perahu
layar dan kapal pedagang, akhirnya sampailah orang-orang Bugis itu ke bumi
Pahang yang lebih dikenali sebagai negeri Inderapura. Penghijrahan orang-orang
Bugis ke Pahang menerapkan sedikit sebanyak pengaruh kesenian dan kebudayaan
dalam kehidupan masyarakat tempatan.
Salah satu percikan seni budaya Bugis
yang diterima dengan senang hati oleh rakyat pribumi ialah satu unsur dalam
rekacorak Kain Sarung bagi lelaki dan Kajang Sangga bagi wanita iaitu sejenis
kain tenunan diperbuat dan bahan benang sutera asli.
Adalah bukti sahih bahawa di abad ke-16
Masehi, antara orang Bugis yang masuk ke negeri Pahang Inderapura, terdapat
seorang pembesar bernama Keraing Aji. Beliau disifatkan sebagai pelopor
rekacorak baru dalam pemakaian kain sarung dan kain samping. Keraing Aji
seperti mana yang disebut-sebut seringkali memakai Dagang Luar dan Dagang Dalam
dan bahan tenunan sutera permai yang dibawanya dari daerah Sulawesi, Aceh dan
Riau. Selain memperkenalkan beberapa corak tertentu Keraing Aji yang
bermastautin di Kampung Mengkasar Pekan, diceriterakan mempunyai pengetahuan
dalam bidang menenun sutera.
Oleh yang demikian,maka ramai wanita
khasnya suri rumah berhasrat mempelajari cara-cara membuat kain Tenun daripada
beliau. Bertempat di kediamannya, Keraing Aji yang semakin dikenali dengan
panggilan Tuk Tuan telah membimbing anak buahnya beberapa kaedah menyediakan
peralatan mewarna sutera mentah, seterusnya 'mengubung', 'menerau' dan
'menorak' serat sutera sehingga tercipta fabrik bermutu.
Memperkukuhkan bukti sejarah asal usul
Tenun Pahang dimasyhurkan oleh orang Bugis, seorang penulis Inggeris Dr. W.
Linehen mencatatkan bahawa "Tuk Tuan (Keraing Aji) seorang pembesar Bugis
telah masuk ke Pahang pada tahun 1722, beliaulah yang memperkenalkan kain
tenunan tangan kepada penduduk negeri Pahang, khasnya bagi penduduk di daerah
Pekan".
Kepandaian Tuk Tuan (Keraing Aji) dalam
bidang menenun serta menzahirkan rekacorak baru menyebabkan beliau dikagumi
oleh masyarakat. Bekas pembesar Bugis ini memanfaatkan usianya dengan memberi
tunjuk ajar dan melatih para penenun menghasilkan rekaan fabrik halus permai
sehinggalah hayatnya dijemput Azali, kembali ke Rahmatullah. Jasad Tuk Tuan
disemadikan di perkuburan Islam Kampung Mengkasar, Pekan. Kembalinya Tuk Tuan
ke Rahmatullah tidak mematahkan semangat anak buahnya meneruskan kerja menenun
dan menzahirkan rekacorak lebih gemilang. Bahkan di dalam kebanyakan rumah
melayu di daerah Pekan terdapat peralatan kayu 'Kek' yang dimanfaatkan oleh
suri rumah dan gadis-gadis pada waktu terluang menenun bahan pakaian untuk
keluarga dan juga dijual sebagal sumber rezeki.
Kewujudan fabrik tenunan asli di Pahang
khususnya dan di Semenanjung Tanah Melayu umumnya diperkuatkan lagi oleh T.J.
Newbold dalam bukunya yang menyatakan"Bahawa ada seorang berbangsa
lnggeris bernama Gray, telah menjualkan satu tong sutera mentah yang sudah
rosak akibat air hujan. Harga bagi satu tong sutera mentah itu ialah
RM305."Adanya catatan sedemikian oleh kedua-dua
penulis lnggeris itu membuktikan bahawa fabrik tenunan tradisi orang Melayu
sesungguhnya menarik perhatian kerana mempunyal nilai tersendiri. Secara tak
langsung lnggeris yang pada masa itu cukup berpengaruh dalam pentadbiran
Semenanjung Tanah Melayu turut berperanan memajukan perusahaan menenun sutera
menjadi suatu industri yang lebih menguntungkan rakyat setempat.
No comments:
Post a Comment