PANTUN CINDAI
Naik bukit membeli inai,
Inai tidak berbunga lagi;
Kain songket bertepi cindai,
Cindai tidak berbunga lagi.
Kapal belayar menimbang arus,
Patah kemudi menyusur pantai;
Tuan laksana cindai yang halus,
Sama padan maka dipakai.
Kapal belayar menimbang arus,
Patah kemudi mmenyusur pantai;
Sudah jumpa songket yang bagus,
Kalah membeli menang memakai.
Dari Makasar pergi Palembang,
Lalu di Ambon ke Majapahit;
Sungguh kasar kainnya jarang,
Kalau ditenun menjadi baik,
Orang belayar ke Majapahit,
Sayang sekoci kapal Melayu;
Kalau sudah kain tak baik,
Kalau ditenun menjadi baik.
Orang belayar ke Majapahit,
Sayang sekoci kapal Melayu;
Kalau sudah kain tak baik,
Sebab sehelai rosak sekayu.
Buah pinang kulit bergabus,
Bawa ke pantai berbilang ratus;
Kalau terkenang songket yang bagus,
Masuk gadai rasa nak tebus.
Monday, 23 June 2014
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN MESIN SEMI AUTO
KELEBIHAN
- Memerlukan masa yang
singkat untuk menyiapkan sesuatu tenunan.Ia mampu menyiapkan
50meter kain tenun dalam masa sehari. Mesin ini tidak memerlukan ramai
tenaga pekerja.Tenunan atau jalinan
benang lebih kasar dari tenunan yang dihasilkan dengan Kek Siam. Kualiti dan harga lebih rendah berbanding tenunan Kek
Siam.
KEKURANGAN
Tenunan atau jalinan benang lebih kasar daripada tenunan yang dihasilkan dengan kek siam. Kualiti dah harga lebih rendah berbanding tenunan kek siam.Kain tenun ini tidak dapat bertahan lama kerana sifatnya sangat nipis dan jalinan benang tidak sekemas tenunan kek siam.
Sunday, 22 June 2014
Saturday, 21 June 2014
JENIS-JENIS MESIN TENUN SEMI AUTO
Sejenis mesin yang berfungsi sebagai memindahkan benang dari gelkungan peleting(sekoci).
Proses menerau ini dilakukan setelah benang yang diwarna kering dan pelbagai warna benang diterau untuk mendapatkan corak yang dikehendaki.
Mesin Warping
Menolak benang ke dalam gigi jentera
untuk proses menggulung benang ke papan gulung. Apabila proses ini sempurna,
benang itu dihubungkan pula kedalam mesin jacquard atau dhobby loom. Ia mengambil masa 2 hingga 3hari untuk menyiapkan 100 meter lembar benang dan motif serta reka corak akan ditetapkan sebelum
dipindahkan ke mesin tenun Jacquard atau Dhobby Loom.
Mesin Jacquard
Mesin ini berfungsi sebagai mesin tenun
tidak bercorak. Ia mampu menyiapkan 50 meter dalam sehari
dengan kelebaran 44 inci. Mesin ini juga mampu menghasilkan dua atau lebih jenis
warna dalam satu tenunan. Mempunyai gear pelbagai saiz yang berfungsi sebagai
tetapan tahap kehalusan sesuatu tenunan.
BERFUNGSI
SEBAGAI TETAPAN WARNA
|
BERFUNGSI
SEBAGAI ALAT
PENGESAN BENANG
TERPUTUS
|
| |
|
PROSES PENYEDIAAN SERAT BENANG
Membasuh Benang
Proses mengasingkan benang mentah supaya tidak kusut. Benang mentah dibahagikan kepada bahagian (30 untai) dan kemudian direndam semalaman dengan air abu daripada manggar kelapa atau kulit durian. Benang mentah boleh direndam menggunakan tawas. Kemudian dibilas dan direbus dengan air biasa bagi membuang kanji atau bahan – bahan yang tidak diperlukan. Kemudian benang ini diwarnakan mengikut reka corak kain yang akan ditenun.
Proses mengasingkan benang mentah supaya tidak kusut. Benang mentah dibahagikan kepada bahagian (30 untai) dan kemudian direndam semalaman dengan air abu daripada manggar kelapa atau kulit durian. Benang mentah boleh direndam menggunakan tawas. Kemudian dibilas dan direbus dengan air biasa bagi membuang kanji atau bahan – bahan yang tidak diperlukan. Kemudian benang ini diwarnakan mengikut reka corak kain yang akan ditenun.
Pengeringan Benang
Selepas proses membasuh benang membuang kanji dijalankan, benang akan dimasukkan ke dalam mesin untuk dikeringkan dengan mesin pengering.
Melerai Benang
Setelah benang dikeringkan dengan mesin pengering, proses mengasingkan benang mentah dibuat supaya benang tidak
kusut.
Pewarnaan Kimia
Menggunakan warna remazol pada benang. Warna itu ditimbang mengikut kadar kuantiti serat benang. Kemudian dibancuhkan dan ditapis sebelum dimasukkan ke dalam air rebusan yang berisi serat benang. Selepas setengah jam kemudian,soda ash dimasukkan bagi memekatkan lagi warna pada serat tersebut. Akhir sekali benang dimasukkan ke dalam campuran air kapur bagi mendapatkan kesan warna yang lebih terang atau tua. Benang direndam beberapa ketika di dalam air kapur kemudian ditoskan dan dijemurkan sehingga kering di tempat yang teduh dan berangin.
Menggunakan warna remazol pada benang. Warna itu ditimbang mengikut kadar kuantiti serat benang. Kemudian dibancuhkan dan ditapis sebelum dimasukkan ke dalam air rebusan yang berisi serat benang. Selepas setengah jam kemudian,soda ash dimasukkan bagi memekatkan lagi warna pada serat tersebut. Akhir sekali benang dimasukkan ke dalam campuran air kapur bagi mendapatkan kesan warna yang lebih terang atau tua. Benang direndam beberapa ketika di dalam air kapur kemudian ditoskan dan dijemurkan sehingga kering di tempat yang teduh dan berangin.
SEJARAH TENUNAN DIRAJA PAHANG
Apabila Belanda menyerang dan menawan
pelabuhan Makassar di Sulawesi pada tahun 1669, ramai dan kalangan orang Bugis
meninggalkan tanah tumpah mereka lalu merantau dan meneroka penghidupan baru di
kepulauan Riau, Sumatera, Borneo, hingga sampai ke Semenanjung Tanah Melayu. Di
samping membawa bersama sanak keluarga, orang Bugis yang terkenal gagah berani
turut mengelek adat resam, susur galur salasilah serta pengaruh ekonomi. Dalam
pelayaran menyusuri pantai dan Laut Cina Selatan dengan menggunakan perahu
layar dan kapal pedagang, akhirnya sampailah orang-orang Bugis itu ke bumi
Pahang yang lebih dikenali sebagai negeri Inderapura. Penghijrahan orang-orang
Bugis ke Pahang menerapkan sedikit sebanyak pengaruh kesenian dan kebudayaan
dalam kehidupan masyarakat tempatan.
Salah satu percikan seni budaya Bugis
yang diterima dengan senang hati oleh rakyat pribumi ialah satu unsur dalam
rekacorak Kain Sarung bagi lelaki dan Kajang Sangga bagi wanita iaitu sejenis
kain tenunan diperbuat dan bahan benang sutera asli.
Adalah bukti sahih bahawa di abad ke-16
Masehi, antara orang Bugis yang masuk ke negeri Pahang Inderapura, terdapat
seorang pembesar bernama Keraing Aji. Beliau disifatkan sebagai pelopor
rekacorak baru dalam pemakaian kain sarung dan kain samping. Keraing Aji
seperti mana yang disebut-sebut seringkali memakai Dagang Luar dan Dagang Dalam
dan bahan tenunan sutera permai yang dibawanya dari daerah Sulawesi, Aceh dan
Riau. Selain memperkenalkan beberapa corak tertentu Keraing Aji yang
bermastautin di Kampung Mengkasar Pekan, diceriterakan mempunyai pengetahuan
dalam bidang menenun sutera.
Oleh yang demikian,maka ramai wanita
khasnya suri rumah berhasrat mempelajari cara-cara membuat kain Tenun daripada
beliau. Bertempat di kediamannya, Keraing Aji yang semakin dikenali dengan
panggilan Tuk Tuan telah membimbing anak buahnya beberapa kaedah menyediakan
peralatan mewarna sutera mentah, seterusnya 'mengubung', 'menerau' dan
'menorak' serat sutera sehingga tercipta fabrik bermutu.
Memperkukuhkan bukti sejarah asal usul
Tenun Pahang dimasyhurkan oleh orang Bugis, seorang penulis Inggeris Dr. W.
Linehen mencatatkan bahawa "Tuk Tuan (Keraing Aji) seorang pembesar Bugis
telah masuk ke Pahang pada tahun 1722, beliaulah yang memperkenalkan kain
tenunan tangan kepada penduduk negeri Pahang, khasnya bagi penduduk di daerah
Pekan".
Kepandaian Tuk Tuan (Keraing Aji) dalam
bidang menenun serta menzahirkan rekacorak baru menyebabkan beliau dikagumi
oleh masyarakat. Bekas pembesar Bugis ini memanfaatkan usianya dengan memberi
tunjuk ajar dan melatih para penenun menghasilkan rekaan fabrik halus permai
sehinggalah hayatnya dijemput Azali, kembali ke Rahmatullah. Jasad Tuk Tuan
disemadikan di perkuburan Islam Kampung Mengkasar, Pekan. Kembalinya Tuk Tuan
ke Rahmatullah tidak mematahkan semangat anak buahnya meneruskan kerja menenun
dan menzahirkan rekacorak lebih gemilang. Bahkan di dalam kebanyakan rumah
melayu di daerah Pekan terdapat peralatan kayu 'Kek' yang dimanfaatkan oleh
suri rumah dan gadis-gadis pada waktu terluang menenun bahan pakaian untuk
keluarga dan juga dijual sebagal sumber rezeki.
Kewujudan fabrik tenunan asli di Pahang
khususnya dan di Semenanjung Tanah Melayu umumnya diperkuatkan lagi oleh T.J.
Newbold dalam bukunya yang menyatakan"Bahawa ada seorang berbangsa
lnggeris bernama Gray, telah menjualkan satu tong sutera mentah yang sudah
rosak akibat air hujan. Harga bagi satu tong sutera mentah itu ialah
RM305."Adanya catatan sedemikian oleh kedua-dua
penulis lnggeris itu membuktikan bahawa fabrik tenunan tradisi orang Melayu
sesungguhnya menarik perhatian kerana mempunyal nilai tersendiri. Secara tak
langsung lnggeris yang pada masa itu cukup berpengaruh dalam pentadbiran
Semenanjung Tanah Melayu turut berperanan memajukan perusahaan menenun sutera
menjadi suatu industri yang lebih menguntungkan rakyat setempat.
PENGENALAN
Tenun merupakan warisan budaya nasional
yang bernilai tinggi sekali gus mencerminkan saat ini, tenun dapat dimodofikasi
sebagai satu pilihan dalam gaya busana wanita.Fabrik tenunan Pahang telah
menjadi sebahagian daripada kebudayaan rakyat Malaysia yang digunakan terutama
dalam upacara kehormatan rasmi.
Tenun DiRaja Pahang dihasilkan mengikut
kaedah tradisional dengan mengekalkan kehalusan seni dan mendapat pujian serta
perhatian penggemar barangan tradisi dalam dan luar negara.Kompleks
Pengembangan Tenun Pahang DiRaja Sultan Haji Ahmad Shah di kampung Soi,Kuantan
telah beroperasi dengan penumpuan untuk meningkatkan pengeluaran dan kualiti produk
Tenun Pahang DiRaja.
Tenunan adalah suatu proses hasil
jalinan atau sulaman benang-benang secara selang-seli antara benang loseng (
yang menunggu ) dengan benang pakan ( yang mendatang ) untuk dijadikan sehelai
kain. Seni tenunan adalah suatu warisan yang terus mendapat tempat istimewa
dalam kebudayaan Nusantara. Faktor yang mendorong perkembangan seni tenunan ini
dapat disorot pada kepentingan kedudukan rantau ini dari segi geografi.Sebagai tempat persinggahan kapal yang
strategic,Nusantara menjadi tumpuan utama pedagang dari Tanah Arab, India dan
China. Antara barangan yang didagang ketika itu ialah kain termasuk kain tenun.
Oleh sebab itu, seni tenunan di Nusantara banyak dipengaruhi dari negara-negara
tersebut. Di antara tenunan yang paling terkenal ialah Songket Melayu dan
Tenunan Pua peribumi Borneo. Perusahaan tenunan ini banyak dilakukan di negeri
Pantai Timur khususnya di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Teknik hasil kraftangan
tenunan utama yang menampakkan keseragaman tekstil Melayu. Kain tenunan bererti
kain atau tekstil yang dihasilkan dengan teknik tenunan yang dibuat daripada
benang.
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim.Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah rahmat dan kurniaNya, akhirnya kami dapat juga menyiapkan tugasan yang diberikan dengan jayanya. Pertama sekali,kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah yang mengajar kami, iaitu Professor Madya Sulaiman Bin Abdul Ghani kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada beliau dapat kami menyiapkan tugasan ini dengan cemerlang. Kami juga ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kepada kakitangan dan warga Pusat Pengembangan Tenun Pahang DiRaja(PKNP) yang turut membantu kami dalam proses kajian berkenaan tenun Pahang yang dihasilkan oleh mesin semi auto. Selain itu,kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Arafat Bin Elias kerana beliau sanggup meluangkan masa dan berkongsi ilmu sepanjang proses kajian kami disana.
Subscribe to:
Posts (Atom)